Sunday, 21 January 2018

KOTA BHARU DILANDA BANJIR KILAT






Rakyat Kelantan sudah biasa dengan banjir. Setiap tahun pasti ada berlaku banjir, terutama pada bulan Disember. Rakyat Kelantan ‘menanti’ ketibaan banjir. Tidak sah kalender sesuatu tahun jika tiada banjir.

Namun, sesuatu yang baru kepada rakyat Kelantan jika berlaku banjir kilat. Masalah utama ialah kerana laluan air tersekat. Satu keadaan boleh dielakkan jika longkang dan aliran air dijaga dengan baik.

Contohnya, apa yang berlaku pada 20-01-2018 di sekitar kawasan Stadium Sultan Muhammad Keempat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II yang mengalami banjir kilat. 

Memang keadaan tidak serius, tetapi perlu dipandang serius. Ini fenomena baharu di Kota Bharu.

Mohon pihak berkuasa tempatan mengambil berat soal ini.

No comments:

Post a Comment