Sunday 30 April 2017

SEGERA REBUT PELUANG KEJAYAAN

Peluang yang baik tidak datang selalu. Tetapi biasanya kita menolak peluang itu. Kita tidak yakin atau tidak mahu merebutnya. Peluang itu dibiarkan terlepas begitu saja.

Anda tentu pernah ditawarkan pelbagai peluang untuk kejayaan dan kehidupan lebih baik. Namun, mungkin anda ragu-ragu untuk menerima tawaran itu. 

Mungkin kerana anda memang tidak berminat atau ragu-ragu dengan kebenaran tawaran itu. Tambah lagi, ada berita dan cerita mengenai pelbagai pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu orang ramai yang menyebabkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.

Berkaitan itu, ada patut berfikir dan mengambil keputusan bijak. Jika sesuatu menjanjikan pulangan yang besar dengan modal kecil serta tidak perlu 'buat' apa-apa, itu memang anda patut meraguinya. 

Tetapi, jika tawaran itu menjelaskan tentang usaha dan kesungguhan yang perlu dilakukan untuk berjaya, maka itu ada lojiknya. Untuk berjaya, tentunya perlu kepada modal dan usaha.

Jadi, cubalah fikir-fikirkan untuk menerimanya biarpun perkara baru atau nampak seperti sukar untuk berjaya. Sesungguhnya, tidak ada kejayaan mudah untuk mencapai sesuatu yang hebat.

Mari kita belajar tentang apa yang berlaku dalam usaha menubuhkan Facebook. Kisahnya, Mark Zuckerberg, Founder of Facebook mempelawa 5 orang kawan beliau untuk berbincang mengenai mewujudkan Facebook.

Tetapi hanya 2 kawan yang datang untuk mendengarnya. Hasilnya, sekarag kedua-dua orang tersebut juga adalah orang utama di Facebook bertaraf billionaire dengan masing-masing mendapat keuntungan 6.5 Billion dan 3.4 Billion, Dustin Moskovitz dan Eduardo Saverin.

Sedangkan tiga lagi kawan beliau yang tidak datang pada masa itu sekarang bekerja di syarikat beliau.

MORAL:

Apabila seseorang tawarkan anda peluang perniagaan, Ambil saja walaupun anda masih belum faham. Kerana peluang bukan datang berkali-kali. "Fikir dulu la" dan "nanti la" akan buatkan anda kerugian besar dan buang banyak masa dan duit anda sepanjang memikirkan peluang tersebut.

Peluang bukan datang berkali-kali. Suatu hari nanti, apabila anda berjaya, anda akan berterima kasih pada diri anda kerana melakukan keputusan yang betul. Seperti apa yang berlaku kepada 2 orang kawan Mark Zuckerberg.

PANDUAN BERNIAGA DI FACEBOOK

Media sosial menjadi medium pengiklanan utama, terutama di kalangan peniaga online atau atas talian. Facebook menjadi pilihan peniaga online disebabkan bilangan pengguna yang ramai. Terdapat panduan perlu diikuti untuk berjaya memasarkan barangan melalui facebook. 

- Penuhkan sahabat FB. Cukupkan 5,000 orang had maksima. 

- Tambah sahabat dari group membeli belah. 
- Guna gambar sendiri untuk profile. 
- Setting kena 'public'.
- Belajar 'jenamakan' diri sendiri. 
- Sentiasa berhubung dengan rakan-rakan FB. 
- Like orang punya wall, komen mereka.
- Kerap ucap salam supaya orang sedar kewujudan anda di FB.
- Share sesuatu yang menarik di wall untuk menarik minat orang.
- Jangan segan atau takut untuk beriklan.
- Jangan terlalu banyak kongsi pasal resepi masakan. 
- Bersihkan wall anda dari tagging. 
- Sentiasa update wall sendiri. 

- Belajar menulis, belajar bercerita walaupun sekecil-kecil cerita.
- Jangan cerita banyak sangat hal politik kat wall. 

- Jangan duk sibuk sindir orang kat FB.
- Share, share, share bisness awak. Apa awak pakai, apa awak jual.
- Jangan tagging! Awak ada potential untuk diunfollow dan unfriend.

TIME BEST NAK POSTING.
- 6 pagi
- 9 pagi
- 12 tengah hari
- 2.30 petang
- 4 petang
- 9 malam
- 10 malam

- Sertai group Facebook. 

- Maksimakan posting di group berlainan.
- Share testimoni pembeli untuk yakinkan pembeli lain .
- Buat secara berterusan.
- Jangan malu.
- Berdoa semoga Allah mudahkan pembeli berkenan kepada produk.

- Banyak bersabar.  
- Jangan kecewa jika tidak capai apa yang dingini. 

Tuesday 18 April 2017

WANITA HEBAT REBUT PELUANG

Wanita sekarang semakin hebat.  Semakin berani dan ghairah untuk berjaya.  Mereka tidak boleh nampak peluang terus saja akan merebutnya dengan berahi.

Inilah rumusan yang dapat ambo buat.  Ambo menyertai satu syarakat jualan langsung yang sudah terkenal. Penyertaan ambo melalui kumpulan yang memperkenalkan diri mereka Smart Tycoon Group (STG).  Tidak pasti ambo siapa yang mengasas kumpulan ini, tetapi yang pasti memang menggegarkan.

Kalau di media sosial, kumpulan ini memang dikenali.  Mereka aktif mempromosikan kumpulan dan produk. Saling membantu dan berkongsi pengetahuan.  Konsep berjemaah dan menjemput rezeki memeng menjadi pegangan kumpulan ini.

Mereka tidak kedekut berkongsi ilmu.  Tidak bakhil untuk membantu ahli yang lain biarpun tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka membantu mempromosikan orang lain untuk kejayaan bersama.

Yang sudah lama dan berjaya tidak sombong untuk membatu yang baru.  Tidak kira di mana berada dan tiada beza kaum.  Yang pasti mereka saling membantu.  Semuanya dilakukan secara online.  Betullah kata orang, kemudahan internet menjadikan langit terbuka luas dunia tanpa sempadan.

Apa yang dilakukan dikongsikan bersama. Kongsi tentang produk, kongsi tentang strategi, kongsi tentang pengamalan untuk berjaya.  Itulah mereka yang bersama sepanjang masa.

Oiiii tajuk hari ini tentang wanita hebat.  Yang sebenarnya ambo nak beritahu majoriti mereka ini adalah wanita.

Walaupun ambo bukan wanita, ambo bersama-sama mereka untuk meraih kejayaan bersama.  Terima kasih semua.

Kepada yang ingin bersama ambo dan kumpulan yang hebat ini, hubungi ambo melalui whatapps 019-9595917. Bersama membina kejayaan.  Dari puncak hingga ke angkasa.


Wednesday 5 April 2017

JADI MUDA BERSAMA STG


Ambo sudah tua.  Itu bukan rahsia lagi. Tetapi hidup tidak pernah tua. Kalau diikutkan rasa tua, maka kelihatan semakin tualah. Semangat jadi menjunang. Namun, pada masa sama jangan lalai ingatkan mati.  Tambah bekalan untuk akhirat.

Satu petua untuk sihat ialah berasa diri tidak tua. Hidup dalam lingkungan orang muda. Untuk rasa muda tidak perlu kahwin isteri muda, kecuali ada peluang.

Percayakah dengan menyertai Smart Tycoon Group (STG) boleh jadi muda? Ini cerita yang ambo nak kongsi.

Sudah lama ambo lihat di Muka Buku tentang STG.  Dah banyak yang menyertainya.  Tetapi ambo tidak terfikir untuk menyertainya.  Sehinggalah ambo lihat Bunga Aida setiap masa duk cerita STG di dinding FBnya.

Tidak fikir panjang, ambo terus menyertai STG. Bunga Aida tinggal di Gua Musang dan ambo di Kota Bharu.  Jaraknya kira-kira 180 kilometer. Jauh tu.

Namun, dunia tanpa sempadan memberi banyak kemudahan. Semua dilakukan secara online. 

Mengapa ambo kata jadi muda bila sertai STG? Sebabnya majoriti yang sertainya adalah yang muda.  Banyak yang umurnya separuh dari umur ambo. Bila berkawan dengan orang muda, jiwa ambo turut jadi muda.

Tambah lagi bila bertemu dalam seminar STG. Kena pula nyanyi lagi Gemuruh Faizal Tahir. Tetapi bab nyanyi ni ambo kalah.  Kalau ambo buka mulut, tidak kiralah lagu apa pun, pasti sumbang dan merosokkan yang lain.  Jadi, masa lagu Gemuruh dinyanyikan beramai-ramai, ambo setakat gerakkan kepada sikit-sikit.

Geng STG banyak berkomunikasi melalui FB dan Whatapps.  Memang tidak lawan oi... aktif sangat.  Ambo yang tua ni cubalah ikut sikit-sikit. Payah nak faham ejaan yang digunakan.  Tambah lagi mata mudah berpinar-pinar.  Namun, semangat bersama yang muda ambo teruskan.

Kepada yang tua, mahupun muda mahu sertai STG boleh bersama ambo. Hubungi melalui whatapps 019-9595917.