Tuesday 29 November 2016

MANFAAT KHASIAT SACHA INCHI, KAWAL TAHAP KENCING MANIS

Pokok sacha inchi (plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari negara Peru juga dipanggil sebagai 'sacha peanut', 'inca peanut', 'mountain peanut' dan 'sacha inci'.

Buah sacha inchi yang direbus boleh terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bahagian biji inilah yang mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.

Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dahulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia.
 
Khasiat sacha inchi membantu dalam pembentukkan sistem otot, membantu elakkan masalah kardiovaskular, menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan jantung.
 
Manfaat khasiat sacha inchi:
- Mengawal kolesterol.
- Mencegah pembentukan kristal dalam darah.
- Meningkatkan sokongan sistem imun badan
- Meningkatkan fungsi sel otak
- Melancarkan sistem peredaran darah
- Menurunkan kadar tekanan darah
- Menurunkan kadar gula
- Mengatasi masalah kencing manis
- Menguat dan pembaikan tulang.
- Mencegah kereputan tulang
- Merawat masalah jantung
- Membantu merawat asma (lelah)


1 comment: