Wednesday 30 November 2016

NOVEL PALING POPULAR DIBACA

Kita terpaksa mengakui sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dibanggakan. Kajian profil membaca rakyat Malaysia pada 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia mendapat secara purata rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding 1996 yang hanya dua muka surat setahun. 

Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang berusia 10 - 40 tahun membaca sebanyak 8 - 12 buah buku setahun.

Kajian yang sama mendapati mereka yang lebih berumur membaca 6 buah buku setahun. Secara amnya angka ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding purata hanya dua buah buku setahun yang dicatatkan dalam kajian pada tahun 2005

Jika pada tahun-tahun 90an, buku-buku bukan akademik yang dicari adalah buku-buku agama, pada tahun-tahun 2000 bacaan novel menjadi bahan bacaan pilihan yang paling popular. Ia diikuti dengan buku-buku motivasi, masakan, deko, kesihatan dan akhir-akhir ini, minat membaca masyarakat nampaknya sudah kembali semula kepada buku-buku agama.

Tidak dinafikan terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan santai. 

Buku yang berbentuk akademik atau pengetahuan tidak mendapat sambutan.  Perkara ini menyebabkan penulis dan penerbit kurang berminat untuk mengeluarkan buku berbentuk pengetahuan.

Dana Penerbitan Penggerak Industri Buku Negara yang disediakan oleh kerajaan diharapkan dapat meningkatkan jumlah penerbitan buku judul baharu karya asli berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang dan untuk pelbagai peringkat pembaca. 

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia yang diberikan kepada pelajar tingkatan 6 dan pusat pengajian tinggi biarpun meningkatkan pembelian buku, tetapi tidak ketara berjaya meningkatkan minat membaca.  Banyak baucar buku ditebus semata-mata tidak mahu luput begitu saja. 

 Pada tahun 1995 dilaporkan 9 juta naskhah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pelbagai bidang tersadai di dalam stor sama ada ia tidak terjual ataupun tidak laku.  Biarpun kisah itu berlaku kira-kira 20 tahun lalu, hakikatnya keadaan masih tidak banyak berubah sehingga sekarang. 

Terdapat teori mengatakan pemupukan minat membaca tidak semestinya terus menggunakan buku atau bahan bacaan serius.  Jangan ditegah atau dicemuh mereka yang minat membaca majalah berbentuk hiburan dan gosip atau santai saja.

Amalan itu lebih baik daripada mereka tidak minat membaca langsung.  Tambahan pula, kandungan majalah kini dipelbagaikan yang turut menyelit rencana berbentuk pengetahuan dan agama.

Kita mengharapkan budaya membaca dapat ditingkat tanpa mengira apa tahap bahan bacaan itu.  Membaca majalah atau akhbar picisan juga mencetuskan gelombang budaya membaca dan diharapkan mereka kemudian berubah membaca bahan yang lebih serius dan berbentuk keilmuan. 

Penerbit majalah dan akhbar picisan diharapkan dapat menyelit atau memperbanyakkan bahan berilmu dan bermaklumat di dalam penerbitan mereka.   


Tuesday 29 November 2016

MAAF SEBELUM RAMADAN

Bila hampir masuk Ramadan, maka ada di kalangan kita menghulurkan salam kemaafan dengan alasan kerana takut nanti puasanya tidak diterima disebabkan tidak bermaaf-maafan.  

Hal ini disebabkan didakwa ada hadis yang menceritakan mengenai nasib mereka yang tidak bermaaf-maafan sebelum ketibaan Ramadan.

Hadis yang dimaksudkan ialah, “Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada suatu sembahyang Jumaat (dalam bulan Sya'ban), baginda mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali. 

Ketika selesai solat Jumaat, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian baginda menjelaskan: "ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah aminkan doaku ini," jawab Rasullullah.

Doa Jibril itu adalah: "Ya Allah tolong abaikan (tolak) puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali.

Berikut Ulasannya
Hadis yang dimaksudkan tidak terdapat dalam senarai hadis sahih mahupun palsu.  Maksudnya, hadis tersebut dipercayai tersibar di Nusantara yang dipercayai baru dicipta.  

Perbincangan atau pertanyaan mengenainya banyak ditimbulkan pada setiap kali tiba Ramadan.  Hal ini bukan saja berlaku di Malaysia, bahkan di negara-negara lain di Nusantara.

Hadis ciptaan atau palsu itu dirasakan disesuaikan oleh pihak tidak bertanggungjawab berdasarkan kepada hadis lain yang hampir sama dengannya, tetapi hakikatnya jauh berbeza.

Hadis dari Abu Hurairah (bahwasanya) Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata: Amin, Amin, Amin" Ditanyakan kepadanya : "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?"

Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dia berkata: "Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "Amin", maka akupun mengucapkan Amin...." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari sanad Abu Hurairah.

Hadis ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadis dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin]. Disalin dari Sifat Puasa Nabi SAW, hal. 27-28, Pustaka Al-Haura.

Yang lebih lengkap lagi dari buku Birrul Walidain oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, hal. 44-45 terbitan Darul Qalam

"Ertinya: Nabi naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin". Para sahabat bertanya. "Kenapa engkau berkata 'Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?"

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin', kemudian Jibril berkata lagi, 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadan tetapi keluar dari bulan Ramadan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata: 'Amin'.

Kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justeru tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin". (Hadis Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]

Dengan demikian, hadis di atas tidak ada hubungan dengan keharusan bermaafan sebelum puasa Ramadan.

Memang meminta atau memohon maaf itu amalan mulia dan perlu diamalkan selalu.  Ia tidak terhad hanya apabila tiba Ramadan atau Aidilfitri semata-mata.  Apabila kita menyedari telah melakukan dosa atau kesalahan dengan orang lain, maka kita perlu segera memohon maaf. 

Memohon maaf adalah ciri-ciri orang mukmin sejati.   Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Surah Al-A'raf: 199)

Dalam ayat lain pula Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka maafkanlah dengan cara yang baik. (Surah Al-Hijr: 85)

Ayat 134 dalam surah Ali Imran pula bermaksud: “Orang-orang yang menafkahkan, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Dalam ayat lain pula Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (Surah Asy-Syura: 43)

Sesungguhnya, meminta maaf dan memaafkan seseorang dapat dilakukan bila-bila saja, dan tidak ada tuntunan syariat harus dikumpulkan dulu dan menunggu sampai menjelang bulan Ramadan.  

Memang tidak salah kita jadikan ketibaan Ramadan sebagai motivasi dan dorongan untuk bermaaf-maafan.  Pun janganlah kita anggap perkara itu disandarkan kepada sesuatu hadis yang sebenarnya hadis palsu. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

KEPENTINGAN FUNGSI KOLAGEN

Fungsi kolagen. Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia.

Kolagen mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.

Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.

Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Antara kepentingan kolagen:

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan 
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya.

Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit 
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit.

Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut 
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku.

Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara 
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara.

Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang 
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang.

Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%.

Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi 
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.

Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit 
Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam.

Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

KHASIAT PISANG BERI KESAN KESIHATAN TERBAIK

Pisang amat diminati penduduk di Malaysia sama ada dimakan mentah, dibuat pengat, direbus, dijadikan bahan asas jemput-jemput dan tentu sekali paling diminati ialah pisang goreng. 
 
Pisang kaya khasiat, kebaikan dan manfaat yang perlu dijadikan alasan mengapa perlu makan pisang.

Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa dua biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

KHASIAT PISANG

Tekanan perasaan
Merujuk kepada satu kajian yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang.

Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tidak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi dan rendah garam, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa minda
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari.

Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap.

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang dapat membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu.

Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas jantung
Pisang mempunyai kesan antiasid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam pagi
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi.

Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan suhu
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung.

Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar.

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.

Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan kita.

Ketagihan rokok
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Tekanan kerja
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.

Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus!

Penyakit kulit
Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PENYAKIT KULIT EKZEMA ADA KAITAN GENETIK

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan ekzema otopik.  

Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”.

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif.

Antara simptom utama penyakit ini adalah: 
- Kulit akan pecah dan merekah Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak.
- Kulit terasa sangat kering Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam 
- Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal.
- Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
- Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya. Namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti.

Punca eczema antaranya :
- Pencemaran antara punca ekzema. 
- Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga.
- Perubahan emosi (resah dan stress).
- Alahan kepada makanan dan bahan pengawet.
- Cuaca yang panas 
- Alahan kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk).
- Kuat berpeluh 
- Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun
- Air berklorin tinggi 
- Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik 
- Alahan kepada fabrik tertentu. 

Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut.

Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.

Penyakit ini menyerang tidak mengira masa, ada yang menghidap eczema sejak bayi dan ada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Antara langkah yang boleh diambil adalah: 
- Pakaian pakai pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh. 
- Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
- Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik.
- Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal. 
- Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana. 
- Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih. 
- Menggunakan sarung tangan jika perlu 
- Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap 
- Elakkan mandi dengan air panas 
- Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.

CARA NAIK KEDUDUKAN URI

Naik kedudukan uri. Antara cara boleh diusahakan ialah dengan melakukan senaman. Kaedah ini berkesan jika diamalkan selalu dan mengikut cara yang betul. 

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur.

Cara: 
Baring atas katil dengan kaki di angkat ke atas. Jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. 

Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ketiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan: Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.

Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangaka masa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.

Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, Insya-Allah.

CARA ATASI KOLESTROL

Kita biasa mendengar perkataan kolestrol yang dianggap sebagai 'musuh' masyarakat sekarang. Nama kolestrol begitu terkenal apabila dikaitkan dengan tahap kesihatan. Kolestrol dikatakan punca pembunuh utama rakyat Malaysia.  Maka itu ia perlu 'dihapuskan' atau dijauhkan. 

Makanan berkolestrol perlu dijauhkan, manakala jika ia telah berada di dalam bandan, perlu dikeluarkan segera sebelum ini memberi kesan buruk kepada kesihatan yang boleh membawa maut.

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. 

Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.  Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.

Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

FUNGSI LECITHIN PEMBAKAR LEMAK

Lecithin memang terkenal sebagai pembakar lemak. Jika nak kurus, tentu terus teringat kepada lecithin. Ini tandanya betapa lecithin berkesan dan sering digunakan untuk tujuan mengawal berat badan.  

Lecithin berperanan menghurai lemak kepada bentuk yang tidak lagi berfungsi sebagai lemak biasa. Lecithin sesuai diambil sebelum atau selepas makanan yang berat.

Kalau konsisten makan lecithin seperti yang disarankan boleh bantu badan kembali ramping. Selain itu lecithin dapat membantu menghasilkan kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.  

Lecithin juga membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). 

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

Antara fungsi lecithin: 
- Bertindak sebagai pembersih salur darah. 
- Meningkatkan kadar metabolisme badan. 
- Membantu ringankan sembelit. 
- Mempercepatkan pembakaran lemak.
- Menghalang obesiti. 
- Kawal selera makan. 
- Kawal paras kolestrol.

SUMBER VITAMIN E

Kita perlu mengetahui sumber atau makanan kaya vitamin E. Vitamin E penting untuk kesihatan kulit yang berperanan melindungi diri dari sinar ultraviolet dan mencegah kerosakan kulit dari pencemaran serta radikal bebas. Penggunaan Vitamin E juga dipercayai mampu menurunkan risiko kanser prostat dan penyakit Alzheimer. Sumber makanan mengandungi Vitamin E banyak dan pelbagai. Harganya murah dan mudah diperoleh.

Antara makanan kaya vitamin E:

Bayam - Banyak orang makan bayam kerana kandungan zat besi yang tinggi. Bayam juga menjadi sumber vitamin E dan antioksidan yang baik. Sayur bayam yang telah dimasak mampu memberikan vitamin E sebanyak 3,5 miligram dalam setiap 100 gram sajiannya.

Kacang almond - Sebuah kajian menyebutkan, mengambil satu genggam almond sama dengan melindungi kesihatan jantung.  Kacang almond boleh dinikmati mentah maupun dalam bentuk mentega dan susu. Setiap 100 gram almond mengandung setidaknya 26. 3 miligram Vitamin E.

Kacang tanah - Makanan yang kaya tokoferol, antioksidan dan vitamin E yang kuat dan mudah larut.  Kacang juga dapat dijadikan pilihan untuk memerangi radikal bebas penyebab kanser.

Sawi - Sayuran hijau berdaun lebar ini memiliki kandungan vitamin E yang diperlukan tubuh. Sama ada dimakan mentah atau dimasak, sawi tetap memiliki nutrisi baik untuk tubuh.

Brokoli - Satu lagi sayuran hijau kaya vitamin E. Brokoli tak hanya baik untuk mencegah kanser, kandungan Vitamin A, C, D, dan K membuat sayuran ini menjadi superfood di dunia perubatan. Selain itu, brokoli juga mengandungi kalsium tinggi.

Lada merah - Memiliki aroma pedas seperti cabai, tak berati lada merah memiliki sedikit khasiat. Selain  Vitamin C, lada merah juga memiliki kandungan vitamin E dan antioksidan yang kuat. Ada sekitar 30 miligram vitamin E yang boleh didapatkan dari lada merah sebanyak 100 gram.

Biji bunga matahari - Pada 100 gram sajiannya, biji bunga matahari mengandung 36.6 miligram vitamin E.

Daun kemangi - Rempah-rempah penyedap masakan ini pun mengandung 7.38 miligram dalam setiap penyajian 100 gram daun kemangi.

Aprikot kering - Selain mengandung 4.3 miligram dalam setiap 100 gram sajian aprikot kering, buah ini juga kaya serat dan vitamin lainnya.

Acar buah zaitun - Sebanyak 100 gram buah zaitun dalam bentuk acar mengandung 3.81 vitamin E.

Ubi keladi - Ubi keladi yang telah dimasak mampu memberikan 2.9 miligram vitamin E pada setiap 100 gram penyajiannya.